Pages

Saturday 30 April 2011

Keluarga DSLR aku

Canon EOS 500D + Canon 18-55mm IS


Canon 50mm f/1.8 - Canon Lens 18-135 IS


Tamron 70-300mm VC USD

Sunday 24 April 2011

Saturday 23 April 2011

Antara Aku Dan DSLR : Putra Jaya,UMS

Sempat lagi 'menembak' lepas ambik renew IC baru ku(^_^)

18mm - F/11 - 1/400sec

Antara Aku Dan DSLR : Torong Soko

Jalan-jalan pigi 'tembak' di Torong Soko

18mm - F/13 - 1/200s    

18mm - F/16 - 1/400sec

Tip-tips memilih/membeli kamera DSLR

Tips-tips memilih/membeli kamera DSLR


Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bilamana kita hendak memilih dan seterusnya membeli sebuah kamera DSLR.Ini adalah sesuatu yang memeningkan kepala kepada si pembeli sekiranya kita tidak tahu faktor-faktor yang perlu kita pertimbangkan jika ingin membeli sebuah kamera DSLR.Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tips apabila kita ingin membeli sebuah kamera DSLR.

  1. Bajet :Walau secanggih manapun kamera yang kita inginkan,bajet jua lah yang akan menentukan segalanya terhadap keinginan kita itu,pastikan bajet kita mencukupi.
  2. Kegunaan : Mengapa kita mahu membeli kamera tersebut?adakah hanya sekadar sebagai hobi untuk mengisi masa lapang,atau sebagai memenuhi tugasan kita di tempat kerja ataupun untuk serius di dalam kerjaya bidang fotografi profesional.Anda sendiri yang menentukan.
  3. Spesifikasi : jika faktor ini menjadi salah satu penentunya,maka ini boleh dikatakan yang minat anda dalam bidang fotografi memang betul-betul serius dan bukan hanya sekadar 'point' dan 'shot'.Megapiksel yang tinggi,kadar ISO yang tinggi dan shutter yang pantas.
  4. Megapiksel : Kekadang ada sesetengah pembeli yang tersalah anggap yang menyangkakan bahawa jika sebuah kamera mempunyai megapiksel yang besar maka kualiti gambar yang dihasilkan akan lebih baik dan berkualiti.Tapi,yang sebenarnya itu bukanlah faktor yang menentukan segalanya.Cara dan bagaimana kita shot sesuatu gambar itu yang lebih mempengaruhi sesuatu gambar yang dihasilkan.Jika megapiksel sesuatu kamera itu tinggi pun,jika tidak sesuai teknik dan cara shot nya,gambar tersebut tetap tidak menarik.
  5. Keperluan di masa hadapan : penaiktarafan body atau aksesori kamera tersebut.Adakah kita ingin menggunanya untuk jangka masa 4-5 tahun.Ini adalah kerana teknologi kamera DSLR ini bukan sesuatu yang cepat di makan waktu.
Itu adalah serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan,harap dapat membantu para sahabat yang ingin membeli sebuah kamera DSLR.Jika sahabat-sahabat ada lagi tips-tips tambahan,boleh la di suarakan ya..jangan malu dan segan..hehe..'sharing is caring'..Sekian untuk kali ini..Semoga Berjumpa Lagi...
Life Must Go On (^_^)

Friday 22 April 2011

Keluarga Dalam DSLR Aku..

Canon EOS500D + Canon 18-55mm


Canon 18-135mm IS / Canon 50mm F/1.8

Add caption    

Tamron 70 - 300mm VC USD


Thursday 21 April 2011

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat ku..

As-salam..good morning..sobahul khair..hehe..salam pertemuan kepada semua penjenguk blog aku yang tak seberapa ni..terima kasih banyak-banyak ya..ni merupakan blog aku yg pertama..segala teguran,tunjuk ajar dan cadangan amat-amat di alukan.
Aku wujudkan blog ini adalah sebagai medium perkongsian hobiku untuk tatapan dan perkongsian di antara kita.Macam biasalah bila bercakap pasal hobi..hobiku adalah dalam bidang seni dan fotografi..segala yang berkaitan dengan dunia digital aku minat..
 Aku masih baru lg dalam bidang DSLR ni,masih banyak lagi yang nak di tuntut..dulu biasa pegang kamera compact ja,sekarang bru beralih kepada DSLR..bukan mengikut trend ya(peratus pengguna DSLR makin meningkat),tp aku memang minat..perjalanan masih jauh lagi..hehe..jadi,nampaknya ini dahulu sebagai kata permulaan dari aku...terima kasih sekali lagi...semoga anda semua sentiasa sihat dan gembira selalu...Life Must Go On(^_^)