Pages

Saturday 23 April 2011

Tip-tips memilih/membeli kamera DSLR

Tips-tips memilih/membeli kamera DSLR


Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bilamana kita hendak memilih dan seterusnya membeli sebuah kamera DSLR.Ini adalah sesuatu yang memeningkan kepala kepada si pembeli sekiranya kita tidak tahu faktor-faktor yang perlu kita pertimbangkan jika ingin membeli sebuah kamera DSLR.Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tips apabila kita ingin membeli sebuah kamera DSLR.

  1. Bajet :Walau secanggih manapun kamera yang kita inginkan,bajet jua lah yang akan menentukan segalanya terhadap keinginan kita itu,pastikan bajet kita mencukupi.
  2. Kegunaan : Mengapa kita mahu membeli kamera tersebut?adakah hanya sekadar sebagai hobi untuk mengisi masa lapang,atau sebagai memenuhi tugasan kita di tempat kerja ataupun untuk serius di dalam kerjaya bidang fotografi profesional.Anda sendiri yang menentukan.
  3. Spesifikasi : jika faktor ini menjadi salah satu penentunya,maka ini boleh dikatakan yang minat anda dalam bidang fotografi memang betul-betul serius dan bukan hanya sekadar 'point' dan 'shot'.Megapiksel yang tinggi,kadar ISO yang tinggi dan shutter yang pantas.
  4. Megapiksel : Kekadang ada sesetengah pembeli yang tersalah anggap yang menyangkakan bahawa jika sebuah kamera mempunyai megapiksel yang besar maka kualiti gambar yang dihasilkan akan lebih baik dan berkualiti.Tapi,yang sebenarnya itu bukanlah faktor yang menentukan segalanya.Cara dan bagaimana kita shot sesuatu gambar itu yang lebih mempengaruhi sesuatu gambar yang dihasilkan.Jika megapiksel sesuatu kamera itu tinggi pun,jika tidak sesuai teknik dan cara shot nya,gambar tersebut tetap tidak menarik.
  5. Keperluan di masa hadapan : penaiktarafan body atau aksesori kamera tersebut.Adakah kita ingin menggunanya untuk jangka masa 4-5 tahun.Ini adalah kerana teknologi kamera DSLR ini bukan sesuatu yang cepat di makan waktu.
Itu adalah serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan,harap dapat membantu para sahabat yang ingin membeli sebuah kamera DSLR.Jika sahabat-sahabat ada lagi tips-tips tambahan,boleh la di suarakan ya..jangan malu dan segan..hehe..'sharing is caring'..Sekian untuk kali ini..Semoga Berjumpa Lagi...
Life Must Go On (^_^)

No comments:

Post a Comment